sebelum
selepasDi sini saya paparkan dua logo BMCM terdahulu dan yang sekarang..pada logo di atas adalah logo pertama dan yg asal untuk club BMCM...Pada februari 2013 BMCM telah membuat penjenamaan baru dari BMCM 115z/zR ke BMCM,ini kerana ingin mengumpul semula crew-crew yg telah pun bertukar bike atau dalam bahasa melayunya motorsikal yg lebih besar cc nya...dan jugak membuka peluang pada motor yg cc lain selain dari 115,"KITA RIDER TIADA BEZA"
Saya akan jelas kan makna di sebalik logo BMCM yang baru...
- Logo BMCM baru berlatar belakang berwarna putih,kerana ia melambang kan crew-crew BMCM bersih dari sebarang penyalahangunaan dadah dan masalah sosial.
- Pada bahagian belakang bulatan logo BMCM ialah huruf LG bermaksud LAGENDA 115z/zR iaitu jenama motorsikal keluaran YAMAHA...ia juga bermaksud asal kelab ini hanya untuk motorsikal YAMAHA LAGENDA 115z/zR.
- Setiap logo mestilah ada slogan dan moto tersendiri ini kerana setiap club mahupun logo-logo yang ada di negara Malaysia ada nilai nya tersendiri..bagi logo BMCM slogannya adalah ATTITUDE IS EVERYTHING dan moto untuk logo BMCM ialah Ride-Relax-Respect...
- ATTITUDE IS EVERYTHING bermaksud sikap,nilai diri,personaliti seseorang..pendek kata ia melambang kan diri seseorang dalam apa jua keadaan,tempat,masa dan sebagainya...dalam BMCM kami menitik berat pada setiap ATTITUDE crew-crew...tak kira lah dalam apa jua keadaan sekali pun...ATTITUDE amat penting dalam setiap club dan juga kehidupan seharian kita..
- Maksud Ride-Relax-Respect bagi moto BMCM pula ialah -RIDE-.bermaksud hobi kami yang suka menunggang motorsikal dimana-mana sahaja tak kira la dalam apa jua cuaca sekali pun kerana cuaca bukan lah halangan hobi atau minat kami yang suka menunggang.-RELAX-bermaksud setiap apa jua keadaan yang kami tempuhi kami gagahi dengan penuh kesabaran dan tenang,ia jugak bermaksud ketika kami menunggang dalam keadaan relax..dalam keadaan selamat dan tidak gopoh atau menkhinzir buta semasa di atas jalan raya..pendek kata cool saja.-RESPECT-bermaksud menghormati sesama sendiri didalam BMCM..menghormati bikers-bikers selain dari kelab BMCM,dan juga pengguna-pengguna di jalan raya...
- 3R itu jugak adalah ATTITUDE dalam setiap diri crew-crew BMCM
- Dan yang akhir sekali gambar motorsikal di dalam bulatan logo BMCM pula merupakan asal kelab ini ialah dari jentera YAMAHA LAGENDA 115z/zR.
JAS(02)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan