JellyPages.com

Followers

Isnin, 17 Jun 2013

(BAHAGIAN 10) CERITA TENTANG PENUNGANG MOTORSIKAL..

cerita ini bukan lah rekaan..ia memang terjadi betul pada seseorang dan di ceritakan kembali...

    Saya bukan MAT REMPIT,tapi kenderaan saya adalah MOTOR,kenapa panggil saya sebagai MAT REMPIT? hina sangat ke MAT REMPIT yang anda sendiri tidak faham maksud MAT REMPIT tu?Saya ada satu CERITA benar yang berlaku di depan mata saya,ketika saya ontheway balik ke kampung halaman ketika itu waktu dalam keadaan hujan lebat,saya terserempak dengan seorang pakcik dan makcik yang tersadai di tepi jalan dalam keadaan basah lencun,tiba2 fikiran terbayang wajah ayah dan mak dan hati berasa sedih dan kesian yang amat sangat,saya berhenti dekat dengan pakcik tu dan bertanya "kenapa pakcik?" pakcik itu menjawab "nak tayar motor pakcik bocor,terkena paku agaknya" dalam keadaan menggigil kesejukkan pakcik itu menjawab,"pakcik nak pergi ke changloon UUM tengok anak pakcik,takdak apa boleh buat hanya selain berdoa kot2 ada yang memberi bantuan nak,pakcik takdak handphone",bila mendengar kata2 pakcik tu saya betul2 tersentuh hati secara tak sengaja air mata saya bertakung di kelopak mata,ni la pengorbanan orang tua yang bergelar ayah dan mak kepada anaknya yang mungkin kita sendiri belum mampu membuat sedemikian terhadap orang tua kita,ketika itu tiada apa yang saya boleh bantu pakcik dan makcik tersebut sehingga la datang sekumpulan penunggang motor yang basah lencun yang anda melebel kan MAT REMPIT selama ini tanpa tau erti maksud MAT REMPIT tu memberhentikan motor bersebelahan kami dan salah seorang dari mereka memberi salam dan bertanya "kenapa berhenti tengah2 hujan?"saya memberitahu kepada mereka tayar motor pakcik ni bocor,terus salah seorang dari mereka turun dari motor dan berjabat tangan dengan pakcik tu lalu memberi bantuan kepada pakcik itu dalam hujan semakin lebat turun,dalam keadaan kesemuanya disitu kesejukakan,seorang dari mereka bertungkus lumus dan bersungguh2 membuka tayar yang bocor itu,ketika itu kedengaran kereta yang lalu hanya sekadar membunyikan hon,bas,lori lalu sekadar bagi lampu sahaja,bila semuanya dah setle saya menghulur kan duit kepada salah seorang MAT REMPIT yang anda lebel kan tu,dengan slamber mereka bercakap tak perlu bagi duit pada kami,kami TOLONG IKHLAS,terkejut dengan kata2 mereka,mulia sungguh hati mereka memberi bantuan kepada pakcik dan makcik dalam keadaan hujan lebat tanpa mengharap kan balasan,para driver2 di luar sana mampu kah anda melaku kan sedemikian rupa?mungkin tak kan?

SOALANNYA SIAPAKAH MAT REMPIT? HiNA KAH MEREKA? Selepas berberapa minit mereka berjabat tangan salam dengan saya dan pak cik tadi, pakcik tu tadah tangan berdoa syukur kepada yang maha esa kerana memberi seribu satu kenangan manis bersama MAT REMPIT yang berhati MULIA,memberi bantuan di waktu susah....

   Pada para pembaca kembangkan la pemikiran anda,terutama driver2...belum tentu anda akan tolong pakcik dan makcik tersebut..belum tentu anda akan berhenti sekiranya berlaku kemalangan,hanya orang2 seperti kami ni la yang akan menolong dalam keadaan begitu...ye mungkin anda menolong tapi pertolongan anda hanya la ungkapan "kesiannya" dan mengjemkan lalu lintas sahaja...

Apa perasaan anda jika pakcik tadi ayah dan ibu anda????atau pekataan paling senang keluarga anda sendiri..???Saya bercerita dari pergalaman,
sejujurnya saya tabik hormat kepada MAT REMPIT di luar sana yang berjiwa simpati seperti mereka,


   Kami dari BMCM pun tak suka dan benci pada MAT REMPIT,sebab kami faham dan tahu makna MAT REMPIT itu..mungkin anda tidak....so jangan la suka2 melebelkan penunggang motor itu MAT REMPIT,kalau la yang menunggang itu atuk kita sendiri..anda nak gelar apa erkkk???atuk rempit???he3....berfikir la menjadi seorang yang lebih matang...

(mungkin org luar anggapkan kami menunggang motosikal secara berkumpulan adalah mat rempit , benarkah ?? . kata hati anda para pembaca untuk menilaikan kepada kami yang menunggang motosikal)

-korang mesti tahukan kategori mat rempit tuhh mcm mne . yedakk ??
so.. ATTITUDE IS EVERYTHING . jagalah tingkah laku semasa menunggang moto bagi yang menunggang motorsikal...pada yang drive tak kira la kereta ke.lori ke,apa2 yang bersangkut paut yang menggunakan 4 tayar tak rugi pun bagi kelebihan pada penunggang motor di jalan raya,jalan raya kita kongsi bersama,kami pun bayar cukai jalan jugak..yang suka berludah tu,tengok2 la side miror tu kalau nak meludah pun..penat orang yang mereka n terjadinya side miror kalau tak pandai menggunakannya...ingat la para2 driver keselamatan kami di tangan anda..bagi yang menungang pulak tunggang la dengan selamat ingat orang tersayang...Ride Relax Respect.... tq.....




                                                                                                                                                          JAS(02)

Sabtu, 15 Jun 2013

(BAHAGIAN 9) Table Talk Season(TTS) 7 & 14 jun 2013



  Pada tarikh 7 jun(minggu lepas) BMCC mengadakan TTS di restoran Alinas bukit sentosa seramai 25 crew yang hadir untuk test saiz windbreaker n hallo hallo sesama crew..TTS BMCC kali ni bukan la hanya untuk test saiz windbreaker sahaja...kami tts dan ride sambil beramal..sedekah seikhlas ikhlas hati..alhamdulillah kesemua crew crew memang pemurah hati...terima kasih pada crew crew yg hadir TTS BMCC..

   Pada tarikh 14 jun sekali lagi BMCC telah mengadakan TTS untuk test saiz windbreaker bagi yang belum lagi test saiz lagi..seramai 36 crew yang hadir pada malam itu..tts kali ni di sungai buluh,saya tak pasti nama kedai mamak tersebut dan seperti biasa tts dan ride sambil beramal...3 crew lewat sampai di tempat tts kerana habis kerja malam tapi menunujukkan komitmen yang bagus sanggup hadir dan jugak ada seorang crew yang datang dari melaka semangat
untuk hadir tts di sungai buluh..memang riders kental...dan kesemua crew pada malam itu menunjuk kan attitude yang baik...terima kasih kerana anda menjadi yang terbaik...


                                          JAS(02)








Jumaat, 14 Jun 2013

(BAHAGIAN 8) HVM AUTO PARTS (M) SDN BHD & HVM BIKERS (M) SDN BHD

   HVM atau nama panjangnya Heng Voon Motors adalah salah sebuah syarikat perniagaan aksesori motorsikal dari yang moped hingga la cc yang besar...pendek kata macam macam ada...HVM ditubuh kan pada 30 mac 2003,sudah mencecah usia 11 tahun tertubuhnya HVM di Malaysia..(dah darjah lima kalau dalam alam persekolahan rendah,he3...)agak lama dalam perniagaan aksesori motor di Malaysia HVM di naik taraf kan atau di naik pangkat menjadi HVM AUTO PARTS (M) SDN BHD yang bertapak di Jerteh Terengganu pada 17 mac 2012..setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia perniagaan aksesori motorsikal HVM telah membuka satu lagi syarikat perniagaan yang bertapak di Shah Alam yang bernama HVM BIKERS (M) SDN BHD pada 17 mac 2013..
   HVM mempunyai dua orang bos yang mengendalikan syarikat itu,salah seorangnya ialah bernama Audrey Ma atau nama pnggilan manjanya Kak Lin dan seorang lagi saya sendiri belum tahu nama beliau tapi beliau adalah suami kepada Kak Lin..pendek kan cerita HVM adalah bisnes perniagaan yang di kendalikan family(macam bisnes keluarga la)..
   Pada 18 may 2013 ialah tarikh yang sekian lama di tunggu BMCM..saya dan admin Muadz Sabri(04) telah berjumpa dan berbincang bersama salah seorang bos HVM iaitu Kak Lin...Kak Lin berminat pada kelab BMCM di kawasan central iaitu BMCC dan ingin mengenali dengan lebih rapat dan menjadi kan BMCC salah sebuah kelab di bawah naungan HVM(menjadi sponser untuk BMCC)...terima kasih Kak Lin kerana sudi menjadikan BMCC salah sebuah kelab motor di dalam HVM family dan kami BMCC amat terharu dan gembira terima kasih sekali lagi...para pembaca kalau tak keberatan klick lah link HVM yang saya papar kan ini https://www.facebook.com/HVMAutoParts




  jom jom kita like dan shared page facebook HVM ramai ramai....macam macam ada...



                                                                                                                          JAS(02)

Khamis, 13 Jun 2013

(BAHAGIAN 7) BEAST MOPED COMMUNITY Pahang(BMCP)

   Di Pahang terdapat jugak BMCM yg di panggil BMCP,rata rata crew BMCP agak ramai jugak seperti BMCC,BMCP jugak aktif dan sentiasa mengadakan TTS(table talk season) atau (teh tarik speacial) bukan (tempur tanpa senjata ye sebab rata rata crew di BMCP bukan la tentera...he3)
   BMCPdan BCMCC penah gethering bersama sama jugak pada disember 2012 di Pantai Balok..admin bagi BMCP adalah Dato Duda(nama facebook)nama sebenar beliau Fazrol,saya tak pasti la Y beliau guna kan nama fb beliau Dato Duda,nak kepastian anda boleh la bertanya kepada beliau nanti he3...
    Di sini saya papar kan sebahagisn gambar gambar BMCP untuk tontonan anda....

                                                       ATTITUDE IS EVERYTHING
                                                               Ride~Relax~Respect



                                         JAS(02)









(BAHAGIAN 6) BEAST MOPED COMMUNITY Perak(BMCPK)



   BMC bukan sahaja di Shah Alam,area KL n selangor yg di panggil BMC Central atau bahasa singkatnya BMCC,BMC jugak terdapat di Perak..setelah kian lama agak muram di Perak disebab kan masalah masalah yang tak dapat dielakkan,sekarang BMCPK mula menunjuk kan diri nya kembali,atas usaha Achik Demerllyzer(nama facebook),beliau adalah admin bagi BMCPK..nama sebenarnya saya sendiri pun tak pasti.
   BMCPK juga sudah mula aktif di masa ini,selalu jugak mengadakan TTS(table talk season)atau (teh tarik special) setiap minggu,dan jugak event event di bahagian Perak,di sini saya paparkan sebahagian gambar gambar BMCPK untuk tontonan anda semua
                                                      ATTITUDE IS EVERYTHING
                                                             Ride~Relax~Respect



                                        
JAS(02)









Ahad, 9 Jun 2013

(BAHAGIAN 3) Konvoi/ride dan events BMCM


     BMCM pernah juga ride & event bersama dengan kelab lain seperti MYLAMOC,LC PIRATES,LCV2 MALAYSIA...ini kerana BMCM ingin mencari pengalaman dalam dunia permotoran..bagi kami itu adalah ilmu so ilmu kena la cari,ia bukan datang dengan sendirinya...biarpun usia BMCM hampir 3 tahun kami masih ingin belajar dan mengetahui dengan dengan lebih mendalam lagi dalam dunia permotoran..di sini saya paparkan gambar-gambar ride dan event yang kami sertai...
















































                                         JAS(02)