BEAST MOPED COMMUNITY MALAYSIA (BMCM)
Beast Moped Community (BMC) bermaksud perbincangan berkenaan jentera 2 roda yang berkapasiti 150cc kebawah...Perbincangan seperti hal-hal jentera 2 roda,berkongsi pengalaman semasa menunggang dan permasalahan crew-crew...
Pada awalnya BMC ditubuhkan adalah untuk motosikal Yamaha Lagenda 115z/zR...Dari situ lah kami mendapat idea memberi nama kelab ini sebagai BMC ia kerana reka bentuknya yg aerodinamik...selain itu ia berkapasiti 115cc dalam kategori moped(kapcai) dan tertubuh la kelab BMC MALAYSIA..
BMC ditubuhkan pada bulan disember 2010...Pada mulanya kami menggunakan nama kelab sebagai 115z/zR BMC MALAYSIA..Pada bulan februari 2013,115z/zR BMC MALAYSIA telah berwajah baru dan jugak telah menjalani proses penjanamaan semula iaitu BMC MALAYSIA..ini kerana ingin membuka keahlian untuk semua jentera 2 roda yang bekapasiti 150cc kebawah..Disamping itu terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk menyertai BMC MALAYSIA...kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menyertai BMC MALAYSIA...Cukup dengan hanya mematuhi syarat-syarat peraturan di dalam facebook di https://facebook.com/groups/261414393892599
Kelab ini bukan lah kelab mat rempit...kami hanya rider yang ingin berkongsi pengalaman semasa menunggang dan minat kami kepada dunia permotoran dan mengelakkan belia-belia dari terjebak didalam aktiviti yang tidak bermoral...KAMI BENCI MAT REMPIT...
JAS(02)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan